Friday 6 January 2012

SALAM PERKENALAN.

ASSALAMUALAIKUM.....
Las orang baru yang melangkah ke dunia blog memblog ni. Walaubagaimanapun bab masak memasak memang dah lama Las minat dan sentiasa mencari resepi-resepi masakan yang Las suka... Dan Las fikir ramai yang bersetuju jika Las mengatakan bahawa resepi yang diberikan oleh pemilik bloger lebih bersifat jujur. Ermmm, dahulu hanya buku masakan, majalah dan surat khabar sebagai bahan rujukan tetapi kebanyakan hanya indah khabar dari rupa.... bila buat tak menjadi.....

Berbalik kpd blog ini, Las cuma nak berkongsi hasil masakan dan cerita di sebalik dinding dapur dengan para pemilik blog yang lebih 'senior' ' dlm dunia masakan. Seronok apabila Las membaca coretan mereka. Sebelum Las mengakhiri catatan pertama ini...Las hulurkan salam perkenalan dengan semua yang berkunjung ke 'dapur' Las....

Saturday 24 December 2011

APAM

APAM SNOW WHITE
Seronoknya bila dapat buat kuih apam ni. Resepi ini Las dapat dari seorang kawan. Kawan Las bagi jaminan pasti jadi punya kalau Las buat. Dari zaman anak dara Las cuba buat kuh apam  tetapi satu pun tak pernah menjadi dengan sempurna. 'BANTAT'.....
Oleh kerana kawan Las yang sorang ni memang sangat Las percaya dengan aneka resepinya, maka dengan lafaz bismillahirahmanirahim.... Las memulakan bancuhan. Alhamdulillah dalam tempoh 1 1/2 jam, apam yang Las buat menjadi dengan cantiknya, sedap pulak tu.
Setelah beberapa kali mencuba dan sambil-sambil tu Las memang suka merayap ke blog masakan, tetiba terjumpa resepi yang sama dengan yang kawan Las bagi dari blog AZITA KITCHEN. Apapun terima kasih kepada kawan Las yang sangat baik hati dan kepada tuan punya resepi asal yang memberikan ilmu kepada kami ......Las kongsikan resepinya di sini.

APAM SNOW WHITE...


3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air


CARA-CARA MEMBUATNYA...


1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.

versi warna
Walaupun nama apam ni Snow White tetapi Las guna gula merah spt yang disarankan...Rasanya tetap sedap dan gebu...


Tuesday 13 December 2011

BUAH DABAI



Las mula mengenali buah dabai ketika mengikut suami bertugas di Sarawak. Pada mulanya Las tak pandai makan buah dabai ni sehinggalah seorang rakan yang juga dari semenanjung menghidangkan kepada Las. Urmmm....rasanya tidak mengecewakan. Petua memakannya ialah jangan menggigit sikit2 tetapi 'ngap' terus dan nikmati lemak, manis dan masinnya...... Jika ada rakan2 dan pengikut blog dapurkayuku menjumpai buah dabai, belilah sedikit dan cuba buat ya.... Las kongsi resepinya di sini. (bolehkah dikategorikan sbg resepi?)
Bahan-bahan yang diperlukan ialah 
buah Dabai, 
kicap, 
gula 
garam


Buah Dabai mestilah direndam dengan air panas.
Setelah agak lembut isinya, toskan sekejap.
Campurkan Dabai, kicap, gula dan garam di dalam satu bekas bertutup. Kocak-kocakkan sehingga sebati. Biarkan anggaran 15 hingga 20 minit.... Urmmmm... sedia untuk dinikmati.