APAM SNOW WHITE
Seronoknya bila dapat buat kuih apam ni. Resepi ini Las dapat dari seorang kawan. Kawan Las bagi jaminan pasti jadi punya kalau Las buat. Dari zaman anak dara Las cuba buat kuh apam tetapi satu pun tak pernah menjadi dengan sempurna. 'BANTAT'.....Oleh kerana kawan Las yang sorang ni memang sangat Las percaya dengan aneka resepinya, maka dengan lafaz bismillahirahmanirahim.... Las memulakan bancuhan. Alhamdulillah dalam tempoh 1 1/2 jam, apam yang Las buat menjadi dengan cantiknya, sedap pulak tu.
Setelah beberapa kali mencuba dan sambil-sambil tu Las memang suka merayap ke blog masakan, tetiba terjumpa resepi yang sama dengan yang kawan Las bagi dari blog AZITA KITCHEN. Apapun terima kasih kepada kawan Las yang sangat baik hati dan kepada tuan punya resepi asal yang memberikan ilmu kepada kami ......Las kongsikan resepinya di sini.
APAM SNOW WHITE...
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
CARA-CARA MEMBUATNYA...
1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
7. note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
versi warna
Walaupun nama apam ni Snow White tetapi Las guna gula merah spt yang disarankan...Rasanya tetap sedap dan gebu...



